kenapa cara fikir aku berbeza dgn org lain? kenapa apa yang aku mahu berbeza dari org lain? kenapa mereka ingin menekan perasaan mereka ke atas aku walau aku tidak mahu? kenapa perasaan memberontak ini tidak boleh diluahkan kepada mereka? kenapa mereka tidak memahami aku? kenapa harus aku yang terseksa? kenapa keluhan ini masih tidak difahami? kenapa mereka berpaling dari aku setelah memerangkap aku dgn jaring ugutan dan tanggungjawab? kenapa..
aku sudah tidak mampu melawan lagi.. sama seperti setelah berlari 10 kilometer.. terkulai layu.. bukan fizikal badan tapi mental dan emosi.. aku sudah penat lari.. lari dari masalah, itu bukan penyelesaian yang sebenar.. aku mahukan kekuatan, aku mahu menghadapi masalah ini tapi dinding ini terlalu tinggi untuk ku tempuhi.. gunung ini terlalu melangit untuk ku daki.. bolehkah aku punya perasaan sebegini? adakah aku dibenarkan menfizikalkan kehendak aku? atau adakah aku bebas untuk punya kehendak sendiri?
..aku sudah tidak tahu.. aku sudah tidak mampu membezakan ape itu kehendak ataupun apa itu keperluan.. kerana aku sudah terpenjara, tangan aku diikat, kaki aku sudah dikunci.. sekeliling aku hanya ada dinding konkrit yang aku tidak tahu adakah aku dibenarkan untuk memanjatnya?
apakah yang manusia lain lakukan di luar sana? jika mereka tempuhi halangan yang sama sepertiku, apakah yang mereka lakukan? adakah mereka berjaya? ataupun akhirnya mereka terkulai layu disertakan dgn rantai besi kerana percubaan untuk melepaskan diri..
Wednesday, February 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
orang takkan tau apa yang ko fikir kalau ko sendiri xbagitau apa yang tersimpan dalam hati ko tu.. bukan nk paksa ko bercerita.. tapi kalau dah kene ikat dengan besi dalam penjara tu.. cam zoolim je bunyinye hahahaha.. opss.. tergelak plak :">
lolo, kawan aku penah nasihat. "jangan jadikan Allah yg terakhir utk kita luahkan sesuatu/mintak pertolongan sedangkan Allah yg paling dekat dgn kite"
:) bebenda ni sume akan jadikan ko lebih matang dan tabah. lepas ni ko akan senyum bangga sbb ko hadapi sume ni. lepas ni pape dtg pun sure ko leh hadapi (walaupun aku sbnrnya x tau apa masalah ko). mungkin dgn becerita pada kawan2 yg ko pecaya boleh buatkan ko sedikit lega. akhir kata dari aku
"senyumlah pada takdir, dan takdir akan tersenyum pada kita" take care~
luahkan..luahkan...
macam saya selalu buat. saya luah kat org yg saya percaya. contoh, mira and anys. pemegang amanat yang boleh dipercayai.. walaupun kadang2 nasihat mereka berdua sangatlah sengal, rasa cam nak hempuk kat great wall of china, tapi ok la. Alhamdulillah...menenangkankan. rasa lega siol!
uih.. macam yakjuk makjuk je.. kene rantai ngn dinding... cuba nyanyi skit.. mesti dinding tu roboh.. kee haaaaa...
Word Verification - dectrim
niz niz, lupa nak ckp, mira slalu ckp pasal kak niz niz kat saya. uuppss.. "i'm sorry!"
dia ngumpat buruk 2 tentang saya kan??? saya dah agak dah...kueh lapis seri muka dabel face dia tuh....
olong jgn komen melampau dlm entry org lain yer cik seteri...
ahahhaahaa.. aduii best gak layan ngumpat kat kolum komen~! ahaks.
Post a Comment