Monday, June 25, 2007

it's too late

Assalamualaikum wrt..

Someone will ask u this one day.. "will u ever satisfied with something?" my answer will be "..nope" y i say that? because human will never satisfied in wutever they do as long as they found something in it. I discovered this a few minutes ago. When u're doing something, n u know it's wrong but u just cant stop, then by the time u realized it-- it'll be too late. I also discovered this a few minutes ago.
Let me share something-- i'd never satisfied with something except for the things that i'd really interested in. I also get bored of something easily. People will ask u "..so y bothered doing it in the first place?" then my answer will be "... 'coz i'm searching for satisfaction" huh? "..but u said u'd never get satisfied" --- "..that's y i said it'll be too late" but sometimes i seem to forget that. Still i search for the satisfaction. If i never found it in something, i'll give up easily. Foolish, doesn't it?
People don't care about wut's right n wut's wrong. They just care about wut people will say bout their act. For example, people said that u should attend ur class. But people dont care wut u do in ur class as long as u attend the class. It's just the same as u dont attend the class. People just do it because the society say that u should do it. People always said that we should learn history so that the same thing wont happen again, but we'll never learn that's y the same thing's keep repeating.

--ah.. ape yg saye membebel pagi2 nie.. hukhuk (setelah tersedar dari main game for about an hour) hukhuk..

Sunday, June 24, 2007

kerna dia..

Assalamualaikum wrt..

---------------------------------------------------------------------------------------

'Kalau Didi buat ni, mama tentu suka, mama tentu sayang Didi lebih,' termegah-megah Didi mengangkat timbunan buku-buku yang berselerak di ruang tamu rumah. Sesekali dia mengerling ke arah jam dinding. 'Mama akan balik tak lama lagi. Bila mama tengok ruang tamu kemas, mama tentu puji Didi. Nanti mama akan kata Didi anak yang baik,' kata Didi lagi tanpa menghiraukan Bulat yang sedang bermain di kaki Didi seperti mengajak Didi bermain bersamanya seperti biasa. Semuanya bermula 2 minggu lepas.

'Wah! Bersihnya bilik Didi hari ni. Senang mama nak cari barang,' ucap mama Didi suatu hari setelah pulang dari kerja. Mata Didi yang sudah tersedia bulat, membuntang terbeliak mendengar kata-kata yang diucapkan oleh mamanya. Mama amat jarang memuji Didi. Sebelum ini Didi tak kesah kerana mama akan menunaikan semua permintaannya, biar pun tiada kata-kata pujian yang keluarkan dari bibir mamanya. Biarlah apa bentuk pekerjaan yang dibuat oleh Didi, mamanya tidak pernah mengambil kesah asalkan Didi tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang ke muka keluarganya. Didi faham semua itu. tapi perasaan baru yang muncul setelah mendengar perkataan itu amat baru baginya. Didi faham mamanya berkata demikian tanpa berfikir kerana mamanya perlu mencari barang di bilik Didi. Tapi Didi tidak peduli. Pada mulanya Didi hanya ingin bermain bersama Bulat, dirasakan biliknya terlalu sempit lalu dia menyimpan semua mainannya dan menyusun buku-buku di rak. Tapi Didi merasakan kata-kata ibunya itu amat tinggi nilainya berbanding penat lelah Didi mengemas biliknya itu. Didi ingin dipuji lagi oleh mama. Didi mahu mama memandangnya dan memujinya lagi.

Saban hari, perasaannya makin menggunung. Walaupun mamanya tidak memujinya lagi selepas itu, namun semangat Didi tidak pernah padam. Bahkan Didi main bersemangat. Didi yakin suatu hari nanti mama akan memujinya dengan kata-kata pujian yang menggunung tinggi. Didi merasakan mama akan menunjukkan perasaan sayang mama terhadapnya dengan kata-kata pujian. Setiap kali memikirkan hal itu, Didi bertambah semangat.

Buku-buku di ruang tamu sudah tersusun rapi di rak buku. Didi sanggup memanjat rak buku di ruang tamu. Didi sanggup menahan debu-debu apabila lantai rumah disapu bersih oleh Didi. Didi sanggup menahan sakit dan lenguh apabila Didi menyusun pasu-pasu bunga di hadapan rumah. Didi puas hati apabila memikirkan kata-kata yang bakal dilontarkan oleh mamanya apabila melihat kerja-kerjanya itu. Didi tersenyum bangga. Bulat sudah malas untuk menunggu Didi lalu ia seronok berkejar-kejaran dengan kupu-kupu di luar rumah. Didi penat lalu tertidur ruang tamu.
Didi terjaga apabila terdengar bunyi bising. 'Ah! Mama tentu sudah pulang,' katanya di dalam hati girang memikirkan bagaimanakah mama akan memuji Didi. "Siapa yang pandai-pandai menyusun pasu-pasu bunga ni?" Didi terdengar mamanya bersuara. Didi tidak nampak raut muka mama kerana mama berdiri membelakangi Didi. Dengan pantas Didi menyahut, "Mama, Didi yang susun pasu-pasu bunga tu. Lawa kan? Penat Didi susun tengah hari tadi. Buku-buku kat ruang ta.." belum sempat Didi menghabiskan ayat girangnya, pipi Didi disinggah oleh tamparan tangan mama.

Didi terduduk. Perit pipi Didi. Rasa sakit di pipi cuba ditahan. Air mata mula bertakung di kedua-dua belah mata Didi. Didi menoleh ke arah mamanya. Mama dengan muka yang garang mendengus kuat. "Habis pokok-pokok bunga mahal tu dikerjakannya. Sudahlah habis bunga-bunga tu dikerjakan. Tanah dan sampah habis bertaburan sampai ke ruang tamu. Kamu ni tak habis nak menyusahkan aku ye!" Tengking mama lagi. Didi masih lagi terkejut. Satu persatu dirasakan tombak tajam menikan jantungnya. Sudahlah ditampat oleh mama, bahasa yang diutarakan oleh mamanya juga tidak pernah terbayang olehnya. Didi tidak pernah mendengan mama bercakap sebegitu kasar. Namun tiada kata-kata pujian yang diucap oleh mamanya lebih memeritkan hatinya.

Didi merasakan kosong. Didi tidak tahu hendak fikir apa lagi. Kepala Didi penat memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. 'Didi hanya berumur 6 tahun. Didi tak pernah terfikir apa yang Didi buat akan menyebabkan mama marah macam ni sekali,' namun kata-kata itu hanya terucap di dalam hati Didi. Matanya kabur kerana air mata mula banyak tergenang di bibir mata Didi. Didi rasa lemah. Kepala Didi mula dirasakan berpinar-pinar. Sayup-sayup Didi mendengar papa memanggil nama Didi tapi Didi sudah tidak bermaya untuk menyahut. 'Biarlah. Biarlah tiada sesiapa pun yang sayang Didi. Didi pun tak punya apa-apa..'


-----------------------------------------------------------------------------------------

Bulih x letak name Didi as kucing? hehe wslm wrt

Thursday, June 21, 2007

merintih dalam sayu

Assalamualaikum wrt..

--------------------------------------------------------------------------------------------

"Thank you for calling BT. We're busy right now......" entah keberapa kali entah ayat itu diulang. Aku makin hilang sabar dan fikiranku kini makin berkecamuk. Tidak dapat menghubungi BT sudah beberapa kali. Aku sudah penat mengejar masa. Saban hari dirasakan makin laju ia berlari meninggalkan aku yang makin keletihan ini. Penat. Fikiran berkecamuk. Jiwa tak tenteram. Hilang sabar. Aku mengeluh lagi. Penat menanti jawapan yang tidak kunjung tiba, aku mengalih perhatianku ke arah timbunan kain yang menanti untuk dikemas.

Timbunan pakaian bernilai seminggu lebih ku pandang kosong. Banyak. Aku mengeluh lagi. Kalau tak mula sekarang, bila lagi. Aku menguatkan hati dan perasaan, menggagahkan tangan dan kaki untuk mula melipat pakaian yang bertimbun itu. Satu persatu. Separuh jalan, tanganku berhenti tiba-tiba. Music player di laptopku memainkan lagu berupa memori di samping keluarga. Tiba-tiba fikiranku diserang kekeliruan, hatiku diserang kekacauan.

Dengan barisan masalah-masalah yang tidak pernah rehat dan lemah, aku merasakan diri ini masih kurang pergantungan pada-Nya. Aku sudah lupa akan perasaan apabila telah selesai segala masalah yang terbendung. Seakan-akan aku tidak pernah merasakan perasaan itu. Aku memandang kosong timbunan kertas di atas mejaku. Timbunan kertas itu adalah hal-hal yang perlu diselesaikan sebelum aku pulang ke sisi keluarga tercinta. Aku mengeluh lagi. Seseorang pernah memberitahu, mengeluh adalah seperti menghalau kebahagian. Walau ia diucap oleh orang yang tidak faham akan erti hidup sebenar tapi, sebenarnya ia hampir tepat cuma ia diucap dengan menutup sebelah mata. Mengeluh bererti kita tidak menghargai apa yang kita miliki sekarang. Oleh itu ia seperti kita tidak nampak kebahagiaan yang kita kecapi sekarang. Namun, manusia tidak akan boleh membuang tabiat itu. Tabiat mengeluh apabila dirasakan diri paling malang.

Aku cuba mengingat kembali dan menyusun semula perkara-perkara yang perlu diberi perhatian. Namun otak kecil ini seperti malas dan manja. Kepala dirasakan berdenyut-denyut dan seperti ada bebanan berat sedang ditanggung oleh otak manja ini.

wassalam

Saturday, June 09, 2007

Next to you

Assalamualaikum wrt..

Di sini saya nak ceritakan kisah yang saya dengar dari kawan saya. Saya pun tidak tahu cerita ini sudah diceritakan kepada berapa generasi. Apa yang saya tahu, kisah ini buat saya berfikir.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ada sebuah keluarga yang terdiri daripada 3 orang ahli, iaitu si suami yang segak, si isteri yang lemah lembut dan anak lelaki dalam lingkungan umur 6 tahun yang sangat rapat dengan ibunya. Disebabkan perlakuan si suami yang curang, pada suatu hari pasangan suami isteri itu bertengkar dengan hebatnya.
Pertengkaran itu tidak dapat dielakkan dan menyebabkan si suami dengan tidak sengaja menyebabkan kematian isterinya. Dengan penuh penyesalan dan fikiran yang buntu, dia memikirkan cara bagaimana hendak menghapuskan tragedi itu. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menanam mayat si isteri di kawasan pendalaman dan hal itu tidak menimbulkan apa-apa masalah. Namun begitu, si suami bimbangkan anak lelakinya.
Si suami mula memikirkan alasan ataupun jawapan kepada soalan yang bakal diutarakan oleh anaknya andainya ditanya mengenai ibunya. Namun, saban hari si anak tidak mengatakan apa-apa kepada ayahnya. Setiap pagi, si anak akan ke sekolah dan pulang dari sekolah seperti biasa. Menonton televisyen dan bermain game seperti biasa.
Seminggu berlalu, si suami sudah tidak dapat menahan sabar. Lalu dia mengajukan soalan kepada anaknya, "adakah kamu tidak sunyi tanpa ibumu?" tanya lelaki itu kepada anaknya. Waktu itu si anak sedang menonton televisyen bersama ayahnya. Lalu si anak berpaling kepada ayahnya, merenung ayahnya lalu berkata, "kenapa hendak sunyi? Ibu sentiasa berada di sebelahmu," kata si anak sambil menunding jarinya ke arah sebalah kanan ayahnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

=D kuang kuang..

Monday, June 04, 2007

The cursed 4th June..

assalamualaikum wrt..

Aku mendongak, melihat jam dinding yang tersangkut di dinding dewan. Ku rasakan jarum saat makin cepat berdetik. Tak pernah ku lihat detikan secepat itu. Tidak. Tolong! Tolong hentikan detikan jam itu. Aku tak sanggup lagi untuk memikirkan apa yang akan terjadi padaku selepas saat ini.
Aku sudah lakukan sedaya upayaku. Mungkin inilah takdirku. Setelah ku pendekkan waktu tidurku dari 6 jam kepada 3 jam sahaja, aku sedaya upaya lakukan yang terbaik. Tapi mungkin ini sememangnya takdirku. Sepanjang sejam setengah mengadap kertas 3 helai, otakku masih kosong. Hinggakan aku tidak tahu apa yang aku lakukan malam sebelumnya dan sebelumnya dan seterusnya. Aku hanya merenung kertas itu. Perkataan -perkataan yang tertera bagaikan ilmu perubatan yang langsung tidak pernah terlintas di fikiranku.
Aku kerling lagi jam di dinding. Ah! Tinggal 15 minit lagi. Langsung tidak sedar masa berlalu. Bagaikan sebentar tadi aku baru membaca ayat pertama dari kertas itu. Kepalaku mula berdenyut tanpa belas kasihan. Perut pula mula mendesak agar diisi. Wahai perut! Kenapakah kau pilih waktu ini untuk bermanja. Kusangka kan dengan secawan air coklat panas sudah cuup sebagai sarapan pagi untuk perut yang sarapan paginya pukul 12 tengah hari. Aku mula rasa tidak sedap badan. Sakit kepalaku merayap ke bahagian mata. Ku rasakan tegang di bahagian sekeliling mata. Malah pandanganku rasakan kabur. Oh! Hanya air mata. Aku sudah tidak segan silu lagi. Yang pasti jalan di hadapanku kelihatan makin kelam.
"Time's up. Please dorp your pen and close your answer book," terdengar jeritan itu, seperti halilintar yang mencucuk telingaku.
Ya Allah! Andainya ini yang terbaik untukku, Kau gagahkanlah hatiku. Andainya ini balasan bagi dosaku, Kau tunjukkanlah jalan keluarnya. Andai ini kasih sayangMu, ku pohon redhakanlah hati ini sebagaimana Kau terima amalanku yang tidak seberapa ini.

--really.. today i know what 'black-out' really means..