Wednesday, January 30, 2008

Expect and to be expected

Bismillahirrahmaniirahim

Assalamualaikum wrt..

Ku doakan agar kesejahteraan daripada Illahi dilimpahkan pada yang berhak mendapatnya. Kadang kala kita selalu terfikir, kenapalah ujian sebegini teruk ditimpakan pada kita? Setelah berpenat lelah berusaha supaya jalan terus suci mulia untuk dilalui tapi ini yang pengusahanya dapat. Sedih! Sedih kerana diri masih belum cukup kuat untuk melawan segala anggapan-anggapan busuk yang menerkam hati. Teringat saya akan kisah ibu loaded dengan anak yang kurang kasih sayang. Seandainya si ibu sudah bosan atau tidak mahu megambil peduli tentang anaknya, pasti dibiarkan anaknya itu tanpa perhatian, tidak cuba membentuk anaknya itu menadi seperti yang dikehendaki. Pasti diberi berjuta-juta harta lalu berkata 'nah! pergilah kamu! Pergi main jauh-jauh! Aku tidak punya masa untuk melayan kerenahmu!' Lalu ditumpukan perhatian mengajar anak yang mendengar kata.

Malam tadi saya menghadirkan diri ke majlis bersama seorang ustaz dari Malaysia. Selama ini saya selalu berfikiran bahawa hubungan manusia dengan manusia perkara yang paling penting adalah 'expect and to be expected'. Dan ustaz berkenaan juga bercakap mengenai hal demikian. Biarlah apa jenis hubungan pun antara manusia dengan manusia, biarlah bibir mengatakan ukhuwah fillah, konsep itu tetap tidak hilang. "Ukhuwah is not a gift but it's something to work on. If we do nothing and let it grow, u wont get it", kata seorang sahabat. Benar! Bila saya tengok kembali hidup saya, inilah yang berlaku. Sedih!

"Masa lampau adala seperti cermn kecil di kereta. Andai kita hendak bergerak ke depan, kita hendaklah tengok di belakang menggunakan cermin itu barulah kita boleh bergerak ke depan." Kata-kata itu sangat terkesan di hati saya ketika itu. Ah! Mampukah saya menggerakkan kereta saya ini? Adakah Allah akan sentiasa membuka hijab penglihatan saya agar tiada malapetaka bakal berlaku andai saya mahu ke hadapan.

Kenapa rasa hati tak senang? kenapa otak penat memikirkan segala permasalahan yang sedang dan masih belum terjadi? Kenapa makin mendalam terlibat dengan manusia sekeliling, makin kronik masalah yang bertimbun?

Dia 'expect' kita faham masalah dia, dia 'expect' kita tiada bantahan terhadap apa-apa keputusan yang dia ambil pabila keputusan itu melibatkan kita. Dia 'expect' kita buat, dia 'expect' kita sedar.. ahh! Semua itu cuma hal kecil, berbanding apa sebenarnya matlamat kita. "Setiap kali timbul apa-apa masalah sekali pun, kembalilah padaNya. Kembalilah pada apa sebenar matlamat kita. Mampu atau tidak, berjaya atau tidak, susah atau senang, semua itu bukanlah hak kita untuk menentukannya."

Ya Allah, Engkau Tuhan yang Maha Pengampun, Ampunkanla dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terhasil dari berperasangka buruk terhadap satu sama lain. Engkau tunjukkanlah jalan yang Engkau redhai dan Engkau tetapkanlah hati kami berada di atas jalan ini. Engkau hulur tali yang kukuh ini, tapi tangan kami masih tidak kuat untuk berpaut kuat pada tali itu, maka bantulah kami. Kuatkanlah hati sahabat-sahabat kami agar mereka dapat menarik kami agar berpaut teguh pada tali itu. Dan kerana itu ampunkanlah dosa-dosa kami kerana menyakitkan hati sahabt-sahabat kami. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaykum wrt ukhtiku ,

akak tiba2 rindu sgt2 pada sheila .. rasa sebak sgt2 . bergenang airmata bila dgr lagu sahabatku ( devotees ) . teringat sgt2 kat sheila & ukhuwwah kita . 2 tahun serumah & byk yg kita harungi bersamakan ? kenangan .. gurau senda & segala2nya .( sekiranya dapat saya putarkan waktu itu ..MANIS!)
jazakillah ukthi .. jazakillahu khayr .
miss u ukhti .. windu bangat!