Thursday, June 04, 2009

aku penat.

aku penat.
asal penat aku tak tahu.
bukan..
aku tak tahu apa perasaan ni.
seluruh urat mukaku
seperti hilang arah.
tidak tahu bagaimana harus senyum.

aku pandang jemariku
tiada rasa.
seketika rasa sakit di benak.
oh tidak..
satu badan rasa sakit.
betulkah?
perlukah aku ketemu doktor?
bagaimana hendak aku perjelaskan
adakah aku sakit?
ada yang kata aku penat
aku penat?
bagaimana rasanya?

kenapa aku begini?
urat satu badan kurasa ditarik-tarik
sakit.
pedih.
aku tidak mahu semua ini
aku tidak tahu punca semua ini.

semuanya bermula
bila dia berkata
"kau tidak penting dalam hidupku"
"aku tidak memerlukan kau"
"aku tak nampak kau"
"kau tak perlu tahu kisah hidupku"
"kau hanya pengganti dia"

tidak..
aku tak rasa apa-apa
aku tidak mahu
aku mahu kuat
aku tidak mahu kata-kata itu menyadung kaki ku
walau aku cuba puaskan hati orang
aku sakit.
aku penat.

aku pandang belakang.
tiada siapa.
"hah, baru sekarang mahu hulur tangan"
"ke mana kau selama ini"
"aku lupa kau wujud"
sedih.
penat.

salah aku rupanya.
aku mahu belayar sendiri.
rupanya itu jalan yang salah.
aku mahu kuat.
rupanya itu salah sangka.
aku mahu disenangi.
rupanya aku tak cukup berkorban.
aku mahu kasih sayang.
tiada yang mahu memberi.

cukuplah.
biarlah aku sendiri.
aku mahu matang.
aku mahu ada prinsip.
biarlah kecil tapi aku mahu berdiri.
jangan tolak aku.
terimalah aku seadanya.
aku makin sesat..

1 comment:

akira said...

klo sesat ...
kembali ke pangkal jalan...
nak kan penyuluh pada jalan tu..
berserah pada yang maha KUASA..
manusia..amat lah lemah ~@@