Monday, October 22, 2007

Be more serious

Assalamualaikum wrt..

Salam syawal!!..

Bangun2 pagi td igtkan nk puase tapi kol 10 xjd puase.. hukhuk lapar sgt n mmg byk kali g toilet gak la pg tadi.. abes yg mkn mlm tadi sume masuk JPS.. hukhuk..

Something happened yesterday..

-------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin apa-apa sahaja yang aku utarakan berbaur alasan semata-mata. Oleh itu aku tidak akan meminta untuk difahami dan dimaafkan. Cuma ingin kuceritakan apa yang terpendam dan moga apa yang berlaku tidak akan berulang lagi. Kata-kata itu cuma dapat kuluahkan tanpa bunyi. Aku rasa teruk. Aku rasa aku sakit. Sakit dengan perangai sendiri yang tidak reti akan hukum dunia. Berbagai-bagai andaian bermain di fikiran. Aduhh..

Jujur kukatakan inilah pertama kalinya aku melihat dengan kepala mataku sendiri yang aku amat berbakat dalam membuatkan orang di sekelilingku menitiskan air mata mereka. Aku tahu aku punya bakat terpendam itu tapi pabila ianya terjadi di depan mataku. Aku kaku. Aku gentar. Aku gentar dengan perasaan yang tiba-tiba menyelinap di kalbuku. Betapa beratnya. Betapa besarnya. Betapa kejinya aku. Ahh.. alasan cuma, tidak perlu mengambil berat semua itu. Ya.. ini semua alasan cuma. Walau tiada lidah yang berbicara demikian padaku tapi aku tau. Aku sedar. Aku bukan siapa.

Sudah beratus, beribu, berjuta kali kukatakan bukan niat di hati ingin melontarkan alasan tapi.. berbaris-baris panjang nota dan kata-kata yang keluar. Kejinya aku. Fikirku apa guna berbicara jika tidak sampai ke hati sana tapi.. tidak kusangka kotornya hati ini. Aduhh.. Disangkakan aku mengambil berat pasal perangaiku itu diketahui orang lain. Tidak. Bukan itu yang aku bisikkan dalam hati. Tapi tangan kaku di situ. Takut. Tidak berani untuk menegakkan benang yang basah, malu untuk berpijak di lumpur yang dingin. Aku sudah tidak punya hak untuk menyarung pakaian indah itu. Sudah terlucut sejak kata-kata itu lahir dari bibirku.

Aku amat tidak gemar berbicara soal hati. Tapi baru kusedar itulah lemahku. Itulah cacatku. Manusia dilahirkan dengan hati menjadi pundak hidup. Ku cuma hiraukan hatiku. Merintih sendiri, sedar tentang kekurangan sendiri. Akur dengan qadar Illahi yang aku penuh dengan tompokan-tompokan jahiliyyah. Tapi hinanya aku, tidak pernah sekali cuba membersihkannya.

Usah ditanya apa yang terjadi, ia mengingatkan malang yang menimpa, akibat yang menghujani, kesan yang melampias. Namun, tali ini akan ada cacat celanya. Ia tidak akan kelihatan baru seperti sebelum ini.

-----------------------------------------------------------------------------------
adakah kite dibenarkan putus asa bile tiba masanya atau tidak reti putus asa walau apa pun yang terjadi?

wassalam wrt

No comments: