Tuesday, October 30, 2007

Dai'e dan keletihan masing2

Assalamualaikum wrt..

Salam puasa 6!!

Minggu lepas baru saja membaca artikel bertajuk 'Dai'e dan keletihan masing-masing'. Sebelum ini jarang rasanya gerak hati ingin membaca artikel-artikel sedemikian. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, bahawa setiap manusia akan menempuh ujian dan dugaan yang telah diturunkan oleh Yang Maha Pencipta, namun kadangkala kita tidak sedar dan secara tidak langsung kita akan cuba men'sekular'kan kehidupan seharian kita. Ya, kita lakukannya secara tidak sedar. Bagaimana? Cuba bayangkan kita sedang berurusan dengan orang yang 'baik', alim dan menjaga hubungan antara berlawanan jantina. 'Secara otomatiknya, kita akan tundukkan kepala kita, cuba untuk menjaga perlakuan dan adab. Tapi adakah hal yang sama berlaku dengan lelaki yang biasa bertepuk tampar dengan perempuan bukan mahram. Perkara yang sama berlaku dengan lelaki, bila mereka berurusan dengan perempuan yang 'alim, 'baik' dan sebagainya berbeza apabila mereka berhadapan dengan perempuan bukan mahram yang menjadikan adat bagi mereka membawa masuk lelaki lain ke dalam bilik mereka sesuka hati.
Ya, kadangkala kita tidak sedar hal-hal sedemikian sedikit demi sedikit memakan kehidupan seharian kita. Juga kadangkala kita sedar pada satu tahap tetapi terus lupa sejam kemudian. Sedih, bukan.

P/s: tibe2 hilang point lak.. will continue next time.. hehehe

No comments: