Friday, December 07, 2007

niat, matlamat dan cara

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wrt..

Agak penat jari jemari minggu ni, banyak sangat hal-hal yang perlu diuruskan dengan taip menaip ni. Tapi bila fikirkan perlu, letih jiwa dan hati ni dirasakan lebih daripada letih jari jemari ni. Beberapa minit yang lalu, baru sahaja langsaikan hal yang begitu lama tertunggak kerana terasa berat hati untuk diuruskan kerana ia berkenaan hati manusia. Atas sebab itulah saya amat berminat dengan course psychology. Bermain dengan manusia amat memerlukan 'tenaga' yang lebih, dan bukan semua bulih bergelumang dengan bidang itu.

Seseorang pernah memberitahu saya, yang amat terkesan di hati ini kerana ia sungguh aga bertentangan dengan apa yang saya pegang selama ini. 'Kita bukan hipokrit, bila bermain dengan hati dan jiwa manusia kita perlu 'adapt' dengan jenis-jenis manusia sebegitu. So andainya anda bersikap sebegitu dengan sesetengah manusia, dan kemudian bersikap sebegini dengan manusia, itu tidak salah kerana along the way kita kena menjaga hati mereka supaya mereka tidak tersinggung, marah jauh sekali dengan perlakuan kita.' Zaapppp!!! Amat tajam! Kerana saya fikir sebelum ini, berurusan dengan hati manusia, kita perlu betulkan hati sendiri dan perlulah lakukan semua urusan itu dari hati untuk jatuh ke hati. Oleh itu sikap berpura-pura itu amatlah perlu dielakkan, dan barulah saya faham. Niat dan matlamat tidak menghalalkan cara tapi, fitnah kadang kala menghalalkan cara. Tak faham? "...."

Sebagai contoh, ....... . Biar kita jelas dengan apa maksud fitnah. Fitnah itu apa-apa perkara atau hal yang memberi kesan buruk, bukan setakat fitnah yang selama ini kita faham. Contohnya, global warming itu juga kita panggil fitnah. Fitnah ke atas dunia. Oleh yang demikian untuk mengelakkan fitnah itu terjadi, kita perlu menjaga bumi ini dan lakukan apa-apa tindakan yang seangkatan dengannya supaya bumi ini tidak ditimpa fitnah global warming, atas sebab kita telah dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi ini (2:30). Baik, kembali pada urusan asal. Contoh yang paling banyak disebut oleh orang-orang feqah, andainya kita 'terdampar di suatu tempat yang memang tidak ada makanan, kecuali ada binatang reptilia (contohnya di padang pasir, alaa biawak pasir contohnya) so kita diharuskan makan supaya kita dapat 'survive'.

Aduhh, ada hal yang lebih penting memanggil. So, adios!!

notakaki: sekarang ni, sahabat2 ku sudah meng'private'kan blog mereka. Sedih sekali!! Bloglah salah satu tempat/rujukan untuk tahu apa isi hati seseorang. Dan tujuan saya menulis ini pun supaya orang sekeliling tahu tentang apa yang saya fikirkan/tahu tentang apa yang membebani saya/tahu tentang apa yang ingin saya sampaikan. Wallahua'lam.

Wassalam wrt..

No comments: