Monday, December 03, 2007

Dunya.. dunya..

Assalamualaikum wrt..

Sepeninggalan saya dari rumah untuk menghadiri majlis ilmu yg sudah lama saya rindui diiringi dengan beberapa peristiwa yang sayat, perit dan pedih untuk ditelan. Saya pernah berikrar, berazam dengan diri saya sendiri untuk tidak lagi merungut mengenai orang lain dan tidak mahu lagi mempedulikan orang yang tidak mahukan hak-hak sebagai manusia. Tidak nampak apa yang manusia sekeliling lakukan tetapi mengambil kira kerja diri sendiri lakukan terbukti saya masih lagi tidak cukup sabar dengan manusia yang begitu mementingkan diri sendiri ini.

Ada diceritakan dalam satu hadith, saya lupa bagaimana ayat sebenarnya tapi insyaAllah isinya sama. Suatu hari Rasulullah memanggil para sahabatnya, lalu ditunjukkan pada bangkai seekor kambing yang sudah rabit telinganya. Lalu Baginda bertanya, ' apakah nilai makhluk Allah ini?' lalu para sahabat berkata, 'tiada nilai'. Maka Rasulullah berkata, 'ya, tiada nilai. Inilah nilainya dunia yang sedang kamu kerjakan sekarang. Pergilah kamu mengerjakan hal2 dunia itu.' Saya lupa riwayat apa, tapi iA ianya sahih. Rasulullah menyamakan nilai dunia dengan bangkai seekor kambing yang sudah rabit telinganya. Tetapi jika kita lihat sekarang, manusia makin mengejar bangkai itu.

Dulu, manusia sering menentang, menghalang, membenci apa yang di luar tabi'i manusia, juga yang melanggar sunnatullah yang telah ditetapkan semenjak azali lagi. Tetapi kita juga boleh katakan 'time is the best healer'. Kenapa? Penyakit-penyakit yang melanda masyarakat suatu ketika dahulu sudah menjadi darah daging manusia yang kini sudah tidak sedar bahawa manusia sebenarnya dikurniakan mata hati. Mata hati yang dapat menilai beberapa perkara yang sudah ditanam apabila Allah SWT mencipta Nabi Adam. Masa yang bergerak ini, kadangkala menjadi racun kepada kita, membiarkan kita alpha ddengan dunia yang busuk ini yang makin lama, busuknya itu menusuk ke akar umbi. Tapi, manusia tidak mahu menyucikan diri, meninggalkan dirinya terkapai2 tanpa sedar dalam dunia busuk itu hingga akhirnya tiada tempat lain yang sesuai baginya, melainkan tempai pengakhiran yang sama dengan syaitan durjana.

Setelah menghadapi dugaan yang walau remeh di pandang mata, namun berat juga hati ini menanggungnya tapi alhamdulillah Allah masih sayang hambaNya yang hina dina ini, ditawarkan rasa terbakar dan rasa tertekan akibat dugaan yang muncul dek manusia lain. Namun begitu, diri ini masih tertanya-tanya dan hairan dengan perangai segolongan manusia. Mata mereka bagaikan ditutup oleh hijab yang menghindarkan mereka dari melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka sangka apabila tangan dan kaki mereka bergerak, maka manusia lain sudah kurang bergerak dek kerana mereka yang sudah aktif bergerak itu. Tapi mereka tidak sedar, tidak tahu, dan juga tidak mahu mengambil tahu bahawa pergerakan mereka itu hanya kecil, ibarat hanya memulas tombol pintu, dan belum tentu pintu itu akan terbuka dengan sendirinya. Sedang mereka berbangga-bangga, mendabik dada, berjuih-juih mulut membicarakan perihal diri mereka yang berjaya memulas tombol pintu itu sedangkan pintu yang begitu berat dan membebankan itu masih belum terbuka kerana memerlukan tenaga dan usaha yang begitu banyak untuk membukanya. Alhamdulillah dan jazakumullahu khairan kathira kerana usaha anda memulas tombol pintu itu, tapi sedarlah tanpa tenaga dan usaha yang begitu hebat untuk membuka pintu itu supaya manusia di luar sana dapat memasuki dunia indah ini, maka hilanglah objektifnya dan tiada gunanya kita berbangga dengan itu. Sesiapa sahaja mampu memulas tombol pintu itu dan seterusnya mengeluarkan tenaga untk membuka pintu itu. Aduhh, biarlah mereka dengan dunia mereka. Tapi apa yang melemahkan semangat, yang meletihkan tangan, yang melenguhkan minda mereka masih pula sanggup mengutuk mencaci, mencebik bibir ke arah manusia yang berpeluh-peluh membolehkan pintu itu bergerak.

Penat berbicara, kering air liur, lenguh bibir melontar kata-kata tapi apa yang pasti akan kudapat hanya sakit hati, hanya makin lemah ukhuwah dan makin banyak jelingan anak mata dijelirkan. Deal the extreme with extreme, kini ku rasakan tidak semua situasi boleh kuselesaikan sebegitu. Entahlah. Wallahua'lam.

Apa yang keluar dari jari ini tidak semestinya betul, tapi juga apa yang keluar dari jari dan mulut orang lain juga tidak semestinya betul. So, sebetulnya sebelum kita membetulkan orang lain pastikan kita betul, lihatlah dengan mata hati dan bersegeralah membetulkan manusia lain.

Jazakumullahu khairan kathira.

No comments: