Monday, April 23, 2007

Sepi


Jarum jam menunjukkan hari sudah larut malam. Aku masih termanggu-manggu di depan komputer ribaku. Malas menyelubungi hati dan fikiranku. Memikirkan peperiksaan besar akan berlangsung kurang daripada sebulan dari sekarang, aku mula memikirkan kenapa aku lakukan semua ini. Oh! Kerana aku inginkan hidup yang senang di hari kemudian, kerana aku inginkan hidup yang dapat diterima oleh masyakarat sekarang. Iaitu individu yang berpelajaran, disebabkan itulah aku mesti belajar bersungguh-sungguh. Inikah hidup yang aku inginkan? Selepas berparti dengan kawan-kawan sampai hampir larut malam, aku pulang membawa diri seorang diri. Kembali ke bilik tertutup ini, mengenang kembali selama 22 tahun 5 bulan aku bernafas atas bumi Allah SWT ini.
Hana dapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaannya yang lepas. Selama ini aku menganggap Hanalah orang yang paling kurapat. Orang yang sentiasa berada di sampingku di kala aku ditimpa masalah, di kala aku dalam kesedihan. Aku sentiasa bahagia andai dia menyapaku di Yahoo Messenger. Dapat kurasakan kemesraannya padaku, hatiku riang mengenangkan dia sedang memikirkan perihal daku. Aku tak kesah andainya aku tidak dipedulikan oleh orang lain. Aku tak peduli andainya aku keseorangan di bilik kecil ini kerna aku masih di hati Hana dan Hana akan setiasa di hatiku.
"xxxxxx, Hana dapat first class dalam exam yang lepas. Gembiranya hati.." suatu hari Hana menelefonku menceritakan berita yang kuanggap penting. 'Wah, sudah pasti aku orang pertama yang ingin dikongsi. Gembiranya. Bangganya kerna besarnya nilai diri ini bagi Hana,' bisik hatiku. Benar. Aku tidak punya manusia lain bergembira dan bersedih bersama-sama.
"Apa la, saya dah tahu lama dah. Hana dah bagitahu saya 2 hari lepas," kata salah seorang kawan kami. Aku terkedu seketika. Telingaku bagaikan terdengar deringan loceng yang amat bingit dan panjang. Kepalaku berdenyut-denyut tanpa henti. Aku buntu. Siapa aku sebenarnya di mata Hana? Siapa aku sebenarnya di hati Hana? Adakah selama ini hanya aku yang menganggap bahawa Hana adalah kawan baikku sedangkan dia tidak berfikiran begitu? Aku bukanlah manusia pertama yang ingin dikongsi berita yang kukira begitu penting dalam hidupnya.
Tiga hari aku memikirkan hal itu, dan akhirnya malam yang sepi ini aku menitiskan air mata. Adakah aku punya nilai tika ini? Andainya aku tiada, adakah dunia sekarang masih seperti sekarang? Denyutan tanpa henti di kepalaku menderaskan lagi linangan air mata di pipiku. Ya, aku masih keseorangan. Lihatlah di sekelilingmu, tiada siapa yang mempedulikanmu. Dan begitulah malam ini berlalu..

No comments: