Sunday, June 24, 2007

kerna dia..

Assalamualaikum wrt..

---------------------------------------------------------------------------------------

'Kalau Didi buat ni, mama tentu suka, mama tentu sayang Didi lebih,' termegah-megah Didi mengangkat timbunan buku-buku yang berselerak di ruang tamu rumah. Sesekali dia mengerling ke arah jam dinding. 'Mama akan balik tak lama lagi. Bila mama tengok ruang tamu kemas, mama tentu puji Didi. Nanti mama akan kata Didi anak yang baik,' kata Didi lagi tanpa menghiraukan Bulat yang sedang bermain di kaki Didi seperti mengajak Didi bermain bersamanya seperti biasa. Semuanya bermula 2 minggu lepas.

'Wah! Bersihnya bilik Didi hari ni. Senang mama nak cari barang,' ucap mama Didi suatu hari setelah pulang dari kerja. Mata Didi yang sudah tersedia bulat, membuntang terbeliak mendengar kata-kata yang diucapkan oleh mamanya. Mama amat jarang memuji Didi. Sebelum ini Didi tak kesah kerana mama akan menunaikan semua permintaannya, biar pun tiada kata-kata pujian yang keluarkan dari bibir mamanya. Biarlah apa bentuk pekerjaan yang dibuat oleh Didi, mamanya tidak pernah mengambil kesah asalkan Didi tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang ke muka keluarganya. Didi faham semua itu. tapi perasaan baru yang muncul setelah mendengar perkataan itu amat baru baginya. Didi faham mamanya berkata demikian tanpa berfikir kerana mamanya perlu mencari barang di bilik Didi. Tapi Didi tidak peduli. Pada mulanya Didi hanya ingin bermain bersama Bulat, dirasakan biliknya terlalu sempit lalu dia menyimpan semua mainannya dan menyusun buku-buku di rak. Tapi Didi merasakan kata-kata ibunya itu amat tinggi nilainya berbanding penat lelah Didi mengemas biliknya itu. Didi ingin dipuji lagi oleh mama. Didi mahu mama memandangnya dan memujinya lagi.

Saban hari, perasaannya makin menggunung. Walaupun mamanya tidak memujinya lagi selepas itu, namun semangat Didi tidak pernah padam. Bahkan Didi main bersemangat. Didi yakin suatu hari nanti mama akan memujinya dengan kata-kata pujian yang menggunung tinggi. Didi merasakan mama akan menunjukkan perasaan sayang mama terhadapnya dengan kata-kata pujian. Setiap kali memikirkan hal itu, Didi bertambah semangat.

Buku-buku di ruang tamu sudah tersusun rapi di rak buku. Didi sanggup memanjat rak buku di ruang tamu. Didi sanggup menahan debu-debu apabila lantai rumah disapu bersih oleh Didi. Didi sanggup menahan sakit dan lenguh apabila Didi menyusun pasu-pasu bunga di hadapan rumah. Didi puas hati apabila memikirkan kata-kata yang bakal dilontarkan oleh mamanya apabila melihat kerja-kerjanya itu. Didi tersenyum bangga. Bulat sudah malas untuk menunggu Didi lalu ia seronok berkejar-kejaran dengan kupu-kupu di luar rumah. Didi penat lalu tertidur ruang tamu.
Didi terjaga apabila terdengar bunyi bising. 'Ah! Mama tentu sudah pulang,' katanya di dalam hati girang memikirkan bagaimanakah mama akan memuji Didi. "Siapa yang pandai-pandai menyusun pasu-pasu bunga ni?" Didi terdengar mamanya bersuara. Didi tidak nampak raut muka mama kerana mama berdiri membelakangi Didi. Dengan pantas Didi menyahut, "Mama, Didi yang susun pasu-pasu bunga tu. Lawa kan? Penat Didi susun tengah hari tadi. Buku-buku kat ruang ta.." belum sempat Didi menghabiskan ayat girangnya, pipi Didi disinggah oleh tamparan tangan mama.

Didi terduduk. Perit pipi Didi. Rasa sakit di pipi cuba ditahan. Air mata mula bertakung di kedua-dua belah mata Didi. Didi menoleh ke arah mamanya. Mama dengan muka yang garang mendengus kuat. "Habis pokok-pokok bunga mahal tu dikerjakannya. Sudahlah habis bunga-bunga tu dikerjakan. Tanah dan sampah habis bertaburan sampai ke ruang tamu. Kamu ni tak habis nak menyusahkan aku ye!" Tengking mama lagi. Didi masih lagi terkejut. Satu persatu dirasakan tombak tajam menikan jantungnya. Sudahlah ditampat oleh mama, bahasa yang diutarakan oleh mamanya juga tidak pernah terbayang olehnya. Didi tidak pernah mendengan mama bercakap sebegitu kasar. Namun tiada kata-kata pujian yang diucap oleh mamanya lebih memeritkan hatinya.

Didi merasakan kosong. Didi tidak tahu hendak fikir apa lagi. Kepala Didi penat memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. 'Didi hanya berumur 6 tahun. Didi tak pernah terfikir apa yang Didi buat akan menyebabkan mama marah macam ni sekali,' namun kata-kata itu hanya terucap di dalam hati Didi. Matanya kabur kerana air mata mula banyak tergenang di bibir mata Didi. Didi rasa lemah. Kepala Didi mula dirasakan berpinar-pinar. Sayup-sayup Didi mendengar papa memanggil nama Didi tapi Didi sudah tidak bermaya untuk menyahut. 'Biarlah. Biarlah tiada sesiapa pun yang sayang Didi. Didi pun tak punya apa-apa..'


-----------------------------------------------------------------------------------------

Bulih x letak name Didi as kucing? hehe wslm wrt

No comments: