Monday, June 04, 2007

The cursed 4th June..

assalamualaikum wrt..

Aku mendongak, melihat jam dinding yang tersangkut di dinding dewan. Ku rasakan jarum saat makin cepat berdetik. Tak pernah ku lihat detikan secepat itu. Tidak. Tolong! Tolong hentikan detikan jam itu. Aku tak sanggup lagi untuk memikirkan apa yang akan terjadi padaku selepas saat ini.
Aku sudah lakukan sedaya upayaku. Mungkin inilah takdirku. Setelah ku pendekkan waktu tidurku dari 6 jam kepada 3 jam sahaja, aku sedaya upaya lakukan yang terbaik. Tapi mungkin ini sememangnya takdirku. Sepanjang sejam setengah mengadap kertas 3 helai, otakku masih kosong. Hinggakan aku tidak tahu apa yang aku lakukan malam sebelumnya dan sebelumnya dan seterusnya. Aku hanya merenung kertas itu. Perkataan -perkataan yang tertera bagaikan ilmu perubatan yang langsung tidak pernah terlintas di fikiranku.
Aku kerling lagi jam di dinding. Ah! Tinggal 15 minit lagi. Langsung tidak sedar masa berlalu. Bagaikan sebentar tadi aku baru membaca ayat pertama dari kertas itu. Kepalaku mula berdenyut tanpa belas kasihan. Perut pula mula mendesak agar diisi. Wahai perut! Kenapakah kau pilih waktu ini untuk bermanja. Kusangka kan dengan secawan air coklat panas sudah cuup sebagai sarapan pagi untuk perut yang sarapan paginya pukul 12 tengah hari. Aku mula rasa tidak sedap badan. Sakit kepalaku merayap ke bahagian mata. Ku rasakan tegang di bahagian sekeliling mata. Malah pandanganku rasakan kabur. Oh! Hanya air mata. Aku sudah tidak segan silu lagi. Yang pasti jalan di hadapanku kelihatan makin kelam.
"Time's up. Please dorp your pen and close your answer book," terdengar jeritan itu, seperti halilintar yang mencucuk telingaku.
Ya Allah! Andainya ini yang terbaik untukku, Kau gagahkanlah hatiku. Andainya ini balasan bagi dosaku, Kau tunjukkanlah jalan keluarnya. Andai ini kasih sayangMu, ku pohon redhakanlah hati ini sebagaimana Kau terima amalanku yang tidak seberapa ini.

--really.. today i know what 'black-out' really means..

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaykum wrt sheila dearie ,

kuatkan semangat & tabahkan hati ya .
kak mum sentiasa mendoakan :)

big big big hugssss