Wednesday, December 03, 2008

Apa maksud kejadian aneh??


Seperti biasa.. rutin harian saya, baca paper psl berita hari ni.. dah tiba2 hati saya terasa serba tak kena bila baca berita ini... saya pernah merasa makan sepinggan.. hati teringin sangat mencium pipi dan dahi mama n papa.. adakah bila saya berbuat demikian (mungkin buat dlm mase sehari kot duhh~!) maka lepas ni saya akan mendapat kemalangan... sedih saya tgk n mendgr persepsi silap manusia skrg.. makan sepinggan itu sunnah.. cium pipi dan dahi parents itu dapat pahala, besar ganjarannya.. tapi pabila menyesal yang menyusul selepas itu.. apakah yang tinggal? tidak, saya tak kata pahala akan ditarik balik.. tidak sama sekali hal itu akan berlaku.. tapi cuba bayangkan perasaan yang telah pergi..

si suami: pertama kali saya merasa makan sepinggan dgn ahli keluarga saya.. wahh nikmat skali.. terasa hubungan kami sgt rapat.. seolah2 kami berada dlm dunia kami sendiri..

si anak: dah lama x cium pipi ngan dahi mama n papa, sayang sgt mama n papa.. naseb baik la sempat ckp hari tu.. kalau tak, pasti saya akan menyesal sampai bila2..

tapi apa yang 'mereka' khabarkan?

Berkongsi makan sepinggan bersama suami dan anak-anak buat pertama kali seolah-olah menjadi petanda Lans Koperal Rohana Ahmad, 26, akan kehilangan orang yang disayanginya.

inikah cara org malaysia berfikir skrg? siapakah yg memulakan pemikiran sebegitu? cuba tenung dlm diri kita.. tak usah menunding jari ke arah org lain.. cuba buka cara berfikir kita sendiri.. cuba fikir dari sudut lain.. adakah kita akan terkongkong dalam cara pemikiran sebegitu? adakah kita akan terikat, dirantai oleh pemikiran yang boleh saya katakan sempit dan kolot itu?

kalau saya seorang yg berfikiran terbuka tapi org lain masih di takuk lama.. tak guna jugak kan..

ya betul, tapi biarlah kita yang membentuk masyarakat bukannya masyarakat yang membentuk kita.. =D so ape kate anda? sudi berubah? ataupun anda sudah berada di zon selamat anda? comfort zone? selesakah anda? hehe.. it wont cost u a cent to think for a second..

daa.. mata ne~!(see ya next time~!)

2 comments:

katak© said...

aku selalu tolong orang.. semalam aku tak tolong sekali.. aku dah nak mati kot... haaaaaaaaaaa....???? mati...???

princesslavender3 said...

hoh!! jumpa da blog silolo!!! hoihohohi