Wednesday, February 20, 2008

Kapal layar

Assalamualaikum wrt..

Hari ni adalah salah satu hari yang 'membazir' bagi saya, saya belajar bahawa berkat itu penting dalam saat hidup kita. Tanpa berkat, ia tidak mendatangkan makna. Jika kita rasa waktu itu pendek bagi kita, kemungkinan besar sebabnya adalah ia tdak mendapat berkat daripada Yang Esa, di sebaliknya jika kita rasakan waktu itu panjang buat kita dan kita dapat membuat banyak perkara dalam suatu masa, mungkin kerana berkat itu bersama kita.

[7:96]
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Lihat kembali hidup saya, banyak yang saya bazirkan. Manusia selalu meng'analogy'kan hidup mereka dengan sesuatu yang lain. Umpamanya, ada yang mengatakan hidup manusia ini seperti roda, ada juga yang mengatakan ia seperti kapal di lautan. Tapi mampukah manusia itu mengambil contoh seperti mana dalam analogy tersebut? Katakanlah, seseorang itu percaya hidup manusia seperti kapal di lautan, sedang ia juga percaya segala cabaran dan dugaan yang dihadapi di dunia ini samalah seperti menghadapi ribut taufan dan ombak tinggi. Ya, dia tahu semua itu! Tapi bila tiba saat menghadapi sendiri semua itu, mampukah dia mengemudikan kapal itu seperti yang telah dibayangkan dalam fikiran?

Ada juga yang memegang prinsip hidup semata-mata untuk sekarang, tinggalkan yang lepas dan nantikan masa depan. Terlalu lengang dalam memegang prinsip, saya tidak pernah terfikir sebelum ini tapi saya sedar ia makin diterima masyarakat. Apakah yang menanti mereka? Adakah bahagia? Ataupun sebaliknya? Mereka bukan tiada perancangan tetapi mereka tidak mahu memikirkan apa yang akan terjadi kepada mereka. Riang ria bermain dengan ombak kecil, mereka tahu bahawa mereka bakal menempuh ombak ganas namun, prinsip mereka itu membuatkan mereka fikir bahawa mereka hanya akan fikirkan hal itu tika ombak ganas itu melanda. Bukankah ia nanti akan terlambat? Hah! Bagaimanakah manusia memberi erti kepada 'terlambat'? Sejauh manakah lambat itu? Atau sedekat manakah ia?

Sedar tidak sedar hidup kita ini penuh dengan persoalan, cuma kita perlu mencari jawapan dan isi tempat kosong untuk melihat gambaran besar. Menyebut tentang gambaran besar, ada satu kisah. Di suatu tempat, ada seorang pelajar di sebuah sekolah terkemuka dan dia merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya. Amat bijak dan berpandangan jauh ke hadapan, tapi malangnya dia merupakan anak ketiga. Abang sulungnya sudah pun bekerjaya, di samping memuaskan hati ayah mereka manakala abangnya yang kedua sedang belajar di universiti, juga memenuhi kehendak ayah mereka. Oleh yang demikian, ayah pelajar ini memberitahu pelajar tersebut, "Abang-abang kamu sudah mencapai pencapaian akademik yang ayah mahu, oleh itu kamu pasti faham bahawan ayah sudah tidak berpuas hati dengan itu. Ayah mahu lebih dari itu." Dengan kata-kata 'semangat' daripada ayahnya dia cuba mencapai apa yang ayahnya inginkan. Tetapi dengan sekatan 'anak ketiga' itu, dia tidak mampu mengukur sendiri kemampuan dia. Andai dia capai lebih daripada abang-abangnya capai, masyarakat akan membawa mulut dan dia 'hanyalah' anak ketiga di samping harapan tinggi ayahnya dia hanya mampu 'melukis' pencapaiannya dalam bingkai yang sudah ditetapkan sejak dia belum lahir lagi sebagai 'anak ketiga'. Namun begitu, dia disedarkan dan percaya atau tidak, hasil usaha dan kebolehannya memang melampaui apa yang dapat digambarkan. Adakah dia sedar sebenarnya kemampuan dia melampui 'bingkai' tersebut?

[11:23]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
[11:24]
Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?

No comments: