Thursday, February 28, 2008

Kuasa Dia

Assalamualaikum wrt..

Hampir pukul 1 pagi, hati tidak senang. Rasa seperti yang tidak kena. Lenguh duduk bersandar sambil menyiapkan kertas kerja, saya cuba membetulkan duduk. Tiba-tiba laptop kelihatan sedikit bergetar. Ah! Lenguh sangatkah lutut sampaikan ia mampu menggegarkan laptop di ribaku. Sememangnya ia fenomena biasa kaki tiba-tiba menggeletar kerana tersangat lenguh atau kadang-kadang kerana terasa tersangat sejuk.
Namun, gegaran itu makin kuat. Katil dirasakan bergoncang ibarat ada kuasa yang menggegarkannya. Gegaran itu makin kuat ibarat dinding di sekeliling turut dirasakan bergegar. Ku pandang keliling. Benarkah apa yang aku rasakan ini? Disebabkan kedudukan rumah di tepi jalan besar, kadang kala jika trelar(betulkah ejaannye =P) melintasi jalan tersebut, gegaran beratnya pasti sampai ke rumah, tapi aku pasti tiada bunyi trelar melintasi jalan itu.
Lalu aku bangun dan menyingkap langsir untuk melihat adakah hanya itu perasaanku sendiri. Ku lihat manusia di luar sana masih seperti biasa, bersuka ria dengan dunia, tidak sedar akan peringatan itu. Tidak sedar akan mala petaka yang datang bersurat. Aku tutup kembali langsir, termanggu sendiri.

Adakah kupatut biarkan saja gegaran itu? Atau patutkah aku mengingatkan yang lain? Teringat kembali sudah ada beberapa peringatan sebegini dihantar, namun apakah jawapan manusia? Setelah pagi, penuh di mailis, manusia membicarakan tentang gegaran itu. Oh! Bukan aku saja yang sedar. Namun, ilmu geografi bukan setakat di kertas peperiksaan. Setahu ilmu di dada, UK bukan terletak di lingkaran gunung berapi tapi bagaimanakah ia boleh dilaporkan bahawa UK akan mengalami gegaran sebegitu lapan atau sembilan kali setahun. Andai Tuhan mahu, ia akan terjadi. Tanpa halangan, juga penghalang. Wallahua'lam.
.
.
.
.
Sudah tibakah masanya? Adakah sudah cukup persiapanku? Adakah cukup yakin ini jalan yang sepatutnya kulalui? m(_ _)m ku bersujud meminta ampun. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang Kau redhai....

No comments: