Wednesday, February 06, 2008

Ukhuwah

Assalamualaikum wrt..

Sedang-sedang mengemas pakaian, saya mendapat message dari seorang teman, menghantar link ke satu blog yang saya tidak pernah lawati sebelum ini. Dengan satu ayat yang pendek tetapi amat menarik minat, 'article ni sesuai dengan korg' saya pun mula melayari blog yang diberi lalu mula membaca article tersebut. Tajuknya, Ukhuwwah terlanjur. Pada mulanya, saya agak malas nak baca article tersebut tapi apabila perenggan pertamanya agak menarik saya tinggalkan seketika apa yang saya sedang lakukan dan mula membaca article tersebut.

Agak menarik pada mula tapi di bahagian akhir-akhir article tersebut, saya makin hilang minat. Pada mulanya penulis tersebut memperkatakan tentang hubungan persahabatan antara 2 orang perempuan yang pada mula seperti hubungan ukhuwwah fillah seperti yang lain tapi lama kelamaan melencong. Setiap manusia inginkan teman, dan kadangkala tanpa kita sedar kita temui apa yang kita cari, dalam teman sama jantina. Bagi saya, ia tidak salah namun apa yang salah apabila ia melebihi batas-batas yang telah ditetapkan dan batasan-batasan itu juga logik dari segi aqal.

Dalam article tersebut ada juga membincangkan mengenai tidur sekali, sentiasa ingin berdua, semua itu tidak salah cuma apa yang salah adalah perasaan yang melampau dari itu. Di dalam program yang saya hadiri, tidur bersama adalah biasa sedangkan itulah yang merapatkan ukhuwah dan menghalang(compress --> i cant find the right word for it) penyakit hati seperti rasa lebih hebat dari orang lain, perasaan tamak, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Di dalam dunia yang kelabu ini, tidak nampak apa yang putih dan apa yang hitam kadangkala manusia masih tidak sedar. Hitam bukan sahaja datang dari luar, bahkan ia juga datang dari dalam. Bukan saya ingin katakan bahawa hati berpaling dari jiwa kita yang sebenarnya tapi memandangkan kitalah yang hidup paling lama dengan diri kita sendiri, maka sudah pasti kita sudah makin terbiasa dengan hitam di dalam diri kita sehinggakan ia kelihatan seperti putih atau kelabu.

Baru-baru ini ada seorang sahabat saya menimbulkan satu isu, yang sudah lama saya ragui. Bukan kerana saya menganggap ianya putih tapi disebabkan ia dilakukan oleh orang yang saya kagumi maka saya tidak mahu mempersoalkan hal itu. Ia tampak seperti putih tapi jika dilihat dari pandangan langit (secara keseluruhan) ia terang-terang sebenarnya adalah hitam. Seorang anak murid menghubungi seorang ustaz untuk membincangkan hal-hal ilmu dan dakwah, ia adalah biasa. Tapi apabila perbincangan melintasi hubungan personal, saya anggap itu tidak sepatutnya terjadi. Sememangnya hal itu tidak dapat dielakkan tapi di sinilah gunanya batas-batas, kerana tiada seorang manusia pun yang maksum melainkan Rasulullah SAW. Mungkin juga ia dilakukan tanpa sedar, dan sekaranglah masanya untuk membuka mata dan kembali ke dunia realiti. Wallahua'lam

Wassalam

No comments: