Wednesday, July 29, 2009
kiri kanan
kiri kanan
sering berteman
riang gelak berkala
memecah sunyi
yang cuba menyelit
alangkah indahnya kita
kiri kanan
sering berteman
lupa pada merahnya mata
semalam
lupa pada dendam membuku
kelmarin
sedarkah kita
betapa bertuahnya kita
sedarkah kita
betapa huduhnya dunia di luar
sedarkah kita
bahawa kite sedang
dipagarkan dengan angan-angan
tapi kadang kala
mimpi itu perlu
angan-angan itu perlu
hargailah dunia kita
hargailah laman kita
sedang ia masih dipagar
sedang ia masih cantik terhias
kerna
kiri kanan kita
sebenarnya runtuh
dimamah usia
ditelan duniawi
dikunyah material
ditenyeh oleh daging busuk
bernama hati.
*notakaki: ilham puisi ini dari anys pongpongurl >:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hoh..name aku...lalalala..
di kiri ku aku nak kan menda ni.
kanan ku aku nak menda tu.
Doa kan aku untuk mencapai ke2-2 nye..
kerana..itu sumber inspirasi idup aku ;)
Post a Comment